Rusuhan penjara: Lapan maut, 55 cedera - Utusan Malaysia

Rusuhan penjara: Lapan maut, 55 cedera

KEPULAN asap dapat dilihat pada bangunan penjara yang dibakar banduan dalam insiden rusuhan di Mahara, pinggir Columbia, Sri Lanka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Seramai lapan banduan terbunuh dan 55 penghuni lain termasuk anngota polis cedera dalam insiden rusuhan di Penjara Mahara, semalam.  

Ratusan polis mengelilingi kawasan penjara yang terletak di luar ibu kota Colombo itu ketika pengawal penjara berusaha menghentikan rusuhan tersebut. 

Jurucakap polis, Ajith Rohana berkata, banduan menyerang pengawal selepas membakar kawasan dapur serta menjadikan dua warden penjara sebagai tahanan.

Tambahnya, seramai 600 anggota keselamatan termasuk 200 komando dikerah ke sekitar lokasi kejadian bagi mengawal keadaan. 

Selain itu, pengurusan penjara enggan mengulas lanjut sama ada pihaknya sudah berjaya mengambil alih semula keseluruhan kompleks tersebut atau sebaliknya. 

Mayat lapan banduan itu dibawa ke hospital berdekatan di Ragama, manakala mangsa yang cedera pula ditahan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Rusuhan itu berlaku dipercayai selepas jumlah kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan banduan meningkat melebihi 1,000 kes, berserta dua tahanan mati akibat wabak itu pada minggu lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya