Rusia mula edar vaksin Sputnik V - Utusan Malaysia

Rusia mula edar vaksin Sputnik V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

MOSCOW: Rusia mula mengedarkan suntikan vaksin Covid-19 yang digelar `Sputnik V’ di 70 klinik pada hari ini.

Langkah itu secara tidak langsung menunjukkan program vaksinasi berskala besar pertama Rusia terhadap wabak itu.

Menurut pasukan petugas Covid-19 berkata, vaksin buatan Rusia akan disediakan untuk para doktor, pengamal perubatan lain, guru dan pekerja sosial terlebih dahulu kerana golongan itu berisiko tinggi terkena penyakit tersebut.

“Anda bertugas di institusi pendidikan dan mempunyai keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 ini secara percuma,” demikian teks mesej yang diterima oleh seorang warga Rusia yang juga guru di sekolah rendah.

Semalam, Datuk Bandar Sergei Sobyanin memaklumkan seramai 5,000 orang sudah mendaftar untuk suntikan vaksin itu dalam tempoh lima jam pertama.

Katanya, golongan yang mendaftar termasuk guru, doktor, pekerja sosial dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja berkaitan menangani wabak itu sehingga mempertaruhkan kesihatan dan nyawa.

Umur bagi individu yang menerima vaksin adalah sehingga 60 tahun.

Mereka yang mengalami keadaan kesihatan tertentu, wanita hamil dan yang mengalami penyakit pernafasan selama dua minggu dilarang untuk melakukan vaksinasi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya