Ribut salji terbesar bakal landa AS - Utusan Malaysia

Ribut salji terbesar bakal landa AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Ribut salji dijangka melanda bahagian pantai timur  Amerika Syarikat (AS) dengan 60 juta penduduk diletakkan di bawah pengawasan.  

Lapor BBC, ribut tersebut dijangka melanda dari Colorado ke Maine dan amaran bahaya sudah dikeluarkan di 14 negeri. 

Beberapa kawasan diramalkan menerima salji setebal 60 sentimeter (cm) dan ribut salji paling besar dijangka berlaku pada petang ini.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) mengeluarkan amaran bahaya supaya orang ramai mengelakkan melakukan perjalanan di kawasan paling teruk terjejas. 

 Menurut NWS, beberapa kawasan akan menerima lebih banyak salji berbanding yang pernah dilihat sepanjang musim sejuk lalu.

Sekurang-kurangnya dua orang mati di Pennsylvania dengan beberapa kereta rosak akibat pelanggaran beramai-ramai di Interstate 80, Clinton County. 

Pihak polis berkata, ramai cedera dalam insiden itu yang melibatkan kira-kira 30 hingga 60 kenderaan.

Datuk Bandar New York, Bill de Basio turut memberi amaran ribut salji itu bakal menjadi paling besar melanda bandar raya ini.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada penduduk supaya mengambil langkah serius mengenai fenomena cuaca tersebut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya