CHENNAI: Bintang Bollywood, Rajnikanth hari ini membatalkan keputusannya untuk terjunn ke dalam dunia politik kerana bimbang mengenai kesihatannya.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas bintang filem berusia 70 tahun itu keluar dari hospital selepas menerima rawatan akibat penyakit darah tinggi.
Dia sebelum ini menyatakan hasrat untuk menubuhkan satu parti politik yang memperjuangkan negara bebas rasuah di tempat kelahirannya, Tamil Nadu.
Katanya, keadaan kesihatannya semakin merosot dan itu merupakan ‘amaran dari Tuhan’ untuk dia mengundurkan diri dari dunia politik.
“Saya minta maaf kepada anda semua kerana saya tidak akan tubuhkan sebarang parti politik.
“Saya akan berkhidmat untuk masyarakat semampu yang boleh tanpa menyertai bidang politik,” katanya menerusi Twitter. – AFP