Puluhan masjid di Perancis diperiksa - Utusan Malaysia

Puluhan masjid di Perancis diperiksa

PERANCIS mendakwa ada segelintir masjid di negara ini mempromosi fahaman serta kegiatan radikal yang menyumbang kepada serangan keganasan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pihak berkuasa Perancis akan memeriksa puluhan masjid dan dewan solat di seluruh negara yang disyaki digunakan untuk menyebarkan fahaman radikal.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negara ini memerangi kegiatan keganasan susulan beberapa insiden yang berlaku sebelum ini.

Menurut Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin, jika ada mana-mana daripada 76 rumah ibadat tersebut yang didapati terlibat dengan kegiatan radikal, premis berkenaan akan ditutup serta-merta.

Pada 16 Oktober lalu, seorang guru sejarah maut selepas kepalanya dipenggal berikutan menunjukkan karikatur Nabi Muhammad SAW ketika mengajar dan insiden tiga orang maut ditikam dalam satu kejadian di sebuah gereja di Nice pada 29 Oktober.

Namun, Darmanin tidak mendedahkan masjid serta dewan solat mana yang akan diperiksa.

Beliau cuma menyatakan sebanyak 16 masjid di Paris akan diperiksa dan 60 lagi di seluruh negara.

Darmanin juga memaklumkan hanya sebilangan kecil daripada kira-kira 2,600 masjid di seluruh negara ini yang disyaki terlibat mempromosikan fahaman radikal.

Katanya, keadaan itu sekali gus menunjukkan Perancis sebenarnya masih ‘terpelihara’ daripada sentimen keganasan.

“Kebanyakan penduduk Islam di negara ini menghormati undang-undang Perancis, namun imej  mereka tercalar akibat kegiatan radikal yang jelas menyalahi undang-undang,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya