Polis tembak ibu, anak secara berkali-kali - Utusan Malaysia

Polis tembak ibu, anak secara berkali-kali

JONEL Nuezca ditahan kerana didakwa membunuh ibu dan anak dalam satu insiden di Tarlac, Luzon, Filipina. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Insiden seorang anggota polis yang menembak ibu dan anak lelakinya secara berkali-kali sehingga mati hanya kerana berang dengan bunyi bising mencetuskan kemarahan rakyat Filipina.  

Lapor Arab News, rakaman video pembunuhan itu yang menjadi tular di laman media sosial, turut membangkitkan gesaan untuk mengakhiri kekejaman polis di negara tersebut.  

Video berdurasi lima minit menunjukkan anggota polis, Jonel Nuezca bertengkar dengan jirannya, Frank Anthony Gregorio, 25 dan ibunya, Sonya Gregorio. 

Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu, kira-kira pada pukul 5.10 petang di luar kediaman mangsa di Barangay Cabayaoasan, Paniqui, Tarlac di Tengah Luzon. 

Nuezca, 46, yang bertugas di Makmal Jenayah Polis Bandar Paranaque di Metro Manila, pada hari kejadian tidak bekerja dan pulang ke kampung untuk mengunjungi keluarganya di Tarlac.

Seorang saksi kejadian yang juga merakam seluruh insiden itu, Alyssa Calosing dalam satu temubual di radio berkata, sebelum insiden tembakan, Nuezca bergegas ke rumah mangsa dan bertengkar dengan Frank yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk.

Semasa pertengkaran itu, anggota polis itu didakwa telah menumbuk mangsa dan ibunya cuba meleraikan pergaduhan itu sebelum anak perempuan Nuezca muncul.

Pertengkaran itu berterusan sehingga Nuezca memaki Sonya lalu menembaknya pada jarak dekat di kepala dan lelaki itu kemudiannya melepaskan dua das tembakan ke arah Frank yang juga mengenai bahagian kepalanya.

Selepas itu, anggota polis terbabit sekali lagi melepaskan tembakan ke arah Sonya yang sudah tidak bernyawa.

Beberapa laporan menyatakan anggota polis itu telah serah diri pada hari yang sama di balai polis berdekatan Rosales, wilayah Pangasinan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya