Polis, FPI bercanggah kenyataan   - Utusan Malaysia

Polis, FPI bercanggah kenyataan  

FADIL IMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia semalam digemparkan dengan berita enam ahli parti Front Pembela Islam (FPI) ditembak mati oleh polis.

Setakat ini, motif insiden masih belum dikenal pasti dan terdapat percanggahan antara polis dengan FPI.

Berikut merupakan rangkuman kenyataan dari kedua-dua pihak: 

Polis

Polis pada mulanya menerima maklumat awal mengenai pergerakan mengiringi pemimpin FPI, Rizieq Shihab di balai polis daerah di sini menerusi aplikasi Whatsapp.

Rizieq dijadualkan menjalani soal siasat sebagai saksi berhubung kes pelanggaran protokol Covid-19 dalam perhimpunan besar-besaran di Petamburan, Jakarta Pusat pada 14 November lalu.

Polis kemudiannya memeriksa maklumat terbabit dengan mengikuti kenderaan yang dipercayai dinaiki kumpulan penyokong Rizieq.

Ketika tiba di tol Jakarta-Cikampek, kenderaan penyokong Rizieq tiba-tiba menyerang kereta polis dan berlaku aksi berbalas tembakan.

FPI

Setiausaha Agung FPI, Munarman menjelaskan bahawa terdapat kenderaan lain mengikuti kereta yang dinaiki Rizeq bersama keluarganya serta kereta para penyokong.

Secara keseluruhannya, terdapat lapan kenderaan termasuk kereta yang dinaiki penyokong pendakwah tersebut.

Konvoi itu hanya menyedari mereka diikuti oleh sebuah lagi kenderaan ketika tiba di tol Jakarta-Cikampek apabila kereta itu tiba-tiba cuba memotong dan menghentikan konvoi.

Sehubungan itu, kereta pengiring pendakwah tersebut cuba mengawal keadaan sehingga berlaku adegan tembakan.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya