Polis bergelut dengan penunjuk perasaan - Utusan Malaysia

Polis bergelut dengan penunjuk perasaan

POLIS mengambil langkah tegas bagi menyuraikan perhimpunan 1812 selepas penunjuk perasaan enggan berganjak. - CNN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis terpaksa mengambil langkah tegas untuk menyuraikan tunjuk perasaan 1812 yang berlangsung di sekitar bandar raya ini selepas para peserta enggan berganjak.

CNN Indonesia melaporkan, beberapa individu turut ditangkap bagi pemeriksaan lanjut sementara lalu lintas di Jalan Merdeka Barat ke arah Istana Presiden masih belum boleh dilalui. 

Selain itu, berlaku beberapa pergelutan antara pihak polis dan peserta demonstrasi kerana ada dalam kalangan mereka enggan bersurai biarpun sudah diberi peringatan. 

Sementara itu, polis turut menahan dua individu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Ibu Pejabat Polis Metro, Jakarta Selatan. 

Salah seorang yang datang dari Petamburan itu merupakan pemimpin kumpulan Pencinta Habib Bahar (PHB) berusia 16 tahun yang didapati membawa pisau. 

Demonstrasi 1812 dianjurkan oleh Kesatuan Anti Komunis Kebangsaan (Anak) di hadapan Istana Negeri hari ini. 

Tiga organisasi yang terlibat dalam demonstrasi itu adalah Alumni Persaudaraan 212 (PA), Front Pembela Islam (FPI) dan Gerakan Nasional Pengawal Fatwa Ulama (GPNF). 

Mereka menuntut tiga perkara iaitu kes tembak melibatkan enam anggota FPI disiasat, pemimpin FPI, Muhammad Rizieq Shihab dibebaskan tanpa syarat serta menggesa menghentikan segera penindasan undang-undang terhadap golongan ulama. 

Dalam pada itu, polis turut membuat beberapa sekatan jalan raya antaranya di Pintu Tol Bekasi Barat 1, Bekasi Barat 2 dan Bekasi Timur. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya