Pokok nangka tumbuh dalam rumah tetap berbuah - Utusan Malaysia

Pokok nangka tumbuh dalam rumah tetap berbuah

POKOK nangka tumbuh dalam rumah dan terus menghasilkan buah. -TRIBUN NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pokok nangka yang tumbuh di dalam rumah dan hingga kini masih tetap berbuah menjadi tular dalam media sosial. 

Lapor Tribun News, video yang dimuat naik oleh @ardiners1 pada 9 Disember lalu menyaksikan seorang lelaki atas pohon nangka dan kemudian mendekati kamera sambil menyanyi. 

Video tersebut sudah ditonton lebih daripada 200 ribu kali sehingga semalam. 

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan Tribun News, pokok nangka itu berada di sebuah rumah di Kota Paringin, daerah Balangan, Kalimantan Selatan. 

Seorang penghuni rumah bernama Ardiansyah menceritakan kisah pokok tersebut. 

Menurutnya, sebelum rumah itu dibina pada lima tahun lalu, terdapat tanah kosong dengan pelbagai tanaman seperti cempedak, nangka dan mangga. 

“Semasa rumah tersebut dibina, ada beberapa pokok yang sudah berbuah lebat. Jadi ayah saya memutuskan untuk tidak menebangnya. 

“Hampir setiap tahun pasti berbuah, tetapi kalau pokok nangka tidak perlu tunggu musim buah, pokoknya berbuah setiap tiga bulan,” katanya. 

 

 

 

 

 

  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya