JAKARTA: Seorang wanita warga emas di Cirebon, Indramayu mempunyai hobi pelik iaitu makan pisau cukur setiap hari, malah dia berasa ‘pening kepala’ jika tidak melakukan hobi tersebut.
Lapor TribunNews, wanita yang dikenali sebagai Nenti berusia 50 tahun itu memberitahu pisau cukur tidak tajam dan melukai mulut serta tekakanya.
Malahan, Nenti memaklumkan rasa pisau cukur itu sama seperti keropok yang rangup dan dia sudah melakukan hobi pelik tersebut selama 25 tahun.
“Saya kena makan pisau cukur setiap hari iaitu sekurang-kurangnya empat keping, jika tidak, badan saya akan jadi lemah dan tidak mampu bekerja,” katanya.
Wanita warga emas itu memberitahu dia mula mempunyai hobi tersebut ketika bergiat aktif dalam tarian kuda kepang dan belajar makan benda tajam.
Selepas mengamalkan makan pisau cukur, Nenti mengakui dia mempunyai tenaga yang mencukupi bagi mencari barangan buangan bagi dijual, sekali gus dijadikan sumber pendapatannya.
“Kehidupan saya susah bersama suami, maka saya perlu mempunyai banyak tenaga untuk melakukan pelbagai pekerjaan,” ujarnya.