JAKARTA: Pesawat Lion Air penerbangan JT-173 tergelincir di landasan ketika mendarat di Lapangan Terbang Radin Intan II di Lampung, hari ini.
Lapor Kompas.com, pegawai perhubungan awam lapangan terbang tersebut, Pujo Wusono berkata, punca kejadian masih disiasat.
“Siasatan rapi perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca pesawat tergelincir atas landasan ketika mendarat.
“Insiden itu tidak melibatkan sebarang korban nyawa dan para petugas lapangan terbang giat memindahkan penumpang ke bangunan terminal,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Strategik Lion Air, Danang Mandala Prihantoro berkata, ketika kejadian, hujan lebat melanda kawasan lapangan terbang terbabit.
Ketika kejadian, pesawat itu membawa tujuh kru kabin dan 125 penumpang.