Perdana Menteri Slovakia positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Perdana Menteri Slovakia positif Covid-19

IGOR MATOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRATISLAVA: Perdana Menteri Slovakia, Igor Matovic memaklumkan beliau dijangkiti Covid-19, seminggu selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Brussels.

Sidang tersebut dipercayai merupakan lokasi Presiden Perancis, Emmanuel Macron dijangkiti virus berkenaan sehingga menyebabkan beberapa pemimpin Eropah dan pegawai tertinggi Perancis segera menjalani kuarantin.

“Hari ini, saya salah seorang daripada anda.

“Saya memang bercadang untuk menghabiskan cuti Krismas dengan membantu di hospital, kini rancangan saya mungkin sedikit berbeza,” kata Matovic di laman Facebook sambil melampirkan tangkap layar teks dengan keputusan ujian saringan Covid-19.

Menurut Unit komunikasi korporat kerajaan Slovakia kepada AFP, Matovic dikesan positif Covid-19 pada Khamis lalu dan sejak itu telah membatalkan semua acara dan majlis yang perlu dihadirinya.

Beberapa media turut melaporkan bahawa kerajaan mengarahkan semua menteri dan setiausaha negeri menjalani saringan ujian Covid-19.

Timbalan Perdana Menteri, Veronika Remisova dan Menteri Pertahanan, Jaroslav Nad juga memaklumkan mereka dijangkiti Covid-19. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya