Perdana Menteri Eswatini meninggal dunia akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Perdana Menteri Eswatini meninggal dunia akibat Covid-19

AMBROSE DLAMINI meninggal dunia di sebuah hospital di Afrika Selatan selepas dijangkiti wabak Covid-19. - Facebook rasmi kerajaan Eswatini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Perdana Menteri Eswatini, Ambrose Dlamini dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Afrika Selatan selepas dijangkiti wabak Covid-19.

Menurut kerajaan dalam satu kenyataan, Dlamini, 52, dimasukkan ke hospital di Afrika Selatan pada awal bulan ini, dua minggu selepas disahkan positif Covid-19.

“Saya diperintahkan untuk memaklumkan kepada negara mengenai berita kematian Perdana Menteri, Ambrose Manvulo Dlamini,” kata Timbalan Perdana Menteri, Themba Masuku.

Tambahnya, Dlamini meninggal dunia ketika berada di bawah rawatan perubatan di sebuah hospital di Afrika Selatan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan punca kematian Dlamini.

Pada pertengahan bulan lalu, Dlamini memaklumkan dikesan positif Covid-19 namun memberitahu beliau masih berasa sihat dan tidak mengalami sebarang gejala.

Dlamini dilantik sebagai perdana menteri pada Oktober 2018.

Peranan ketua kerajaan adalah terhad di Eswatini yang mana Raja ketika ini yang juga berkuasa sejak 1986, melantik semua menteri dan mengawal Parlimen. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya