WASHINGTON: Empat orang ditikam dan seorang lagi ditembak ketika menyertai demonstrasi menyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di beberapa bandar utama di negara ini.
Kekecohan berlaku selepas penyokong Trump dan kumpulan penentang bergaduh dan akhirnya mencetuskan rusuhan secara besar-besaran.
Polis Washington memaklumkan insiden tembakan berlaku berhampiran sebuah bangunan di Olympia dan suspek sudah ditahan.
Selain itu, empat cedera parah selepas ditikam oleh individu tidak dikenali di sini dan kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.
The New York Times melaporkan, seramai 23 orang sudah ditahan susulan tunjuk perasaan tersebut.
Situasi tegang juga berlaku di Atlanta dan St, paul di Minnesota, termasuk Nebraska dan Alabama. – AFP