Penjual bakso ditendang pembeli - Utusan Malaysia

Penjual bakso ditendang pembeli

PAK NASIB terpaksa menukar lokasi jualannya kerana trauma dengan kejadian ditendang pelanggan. -TRIBUN NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang penjual bakso di Mayang, Kotabaru, Kota Jambi ditendang di bahagian dada dan kaki oleh pembeli sehingga menjadi tular dalam media sosial. 

Lapor Tribun News, kejadian dikatakan berpunca akibat pelanggan itu membuat pesanan bakso sebanyak empat mangkuk untuk dimakan di dalam keretanya. 

Kemudian, penjual bakso yang dikenali sebagai Pak Nasib menggabungkan empat hidangan trsebut ke dalam dua mangkuk dengan bahagian yang sama banyak. 

“Dia membuat pesanan empat mangkuk, jadi saya menyediakan dua mangkuk dengan bahagiannya sama banyak dengan empat mangkuk. Harga semangkuk bakso adalah 10,000 rupiah (RM2.80),” katanya. 

Namun begitu, pembeli tersebut hanya membayar sebanyak 20,000 rupiah (RM5.60) sedangkan jumlah yang sepatut dibayarnya adalah 40,000 rupiah (RM11.20).  

Ketika ditanya mengenai bayaran selebihnya, pembeli itu tiba-tiba mengamuk sebelum keluar dari kereta lalu menendang Pak Nasib dan insiden itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Ramai warga maya bersimpati dengan nasib Pak Nasib dan mengutuk tindakan pembeli tersebut. 

Penjual bakso itu terpaksa menahan sakit dan tidak melaporkan kejadian tersebut ke pihak polis kerana enggan memanjangkan kes tersebut. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya