Peninju juara dunia disyaki bunuh suami  - Utusan Malaysia

Peninju juara dunia disyaki bunuh suami 

VIVIANE Obernauf dituduh memukul suaminya sehingga mati dalam satu kejadian di Interlaken, Switzerland pada 19 Oktober lalu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Seorang peninju wanita profesional dari Brazil ditahan polis kerana disyaki membunuh suaminya di Switzerland.     

Lapor Daily Mail, Viviane Obenauf, 34, yang merupakan juara dunia sebanyak tiga kali, dituduh memukul suaminya, Thomas, 61, sehingga mati di restorannya, Des Alpes di Interlaken, Switzerland pada 19 Oktober lalu. 

Dia ditahan pada minggu ini dan kini dalam tahanan siasatan selepas mangsa meninggal dunia akibat `serangan ganas yang berterusan’. 

Pasangan itu berkahwin pada Januari lalu dan penyiasat sedang menyiasat dakwaan bahawa dia bertanggungjawab atas kematian suaminya.

Rata-rata orang yang mengenali suspek berkata bahawa dia sanggup bergaduh dengan wanita atau lelaki di luar gelanggang jika hilang kesabarannya. 

Berdasarkan laporan akhbar Blick, dia pernah ditahan di London sebelum ini kerana menumbuk muka seorang lelaki yang cuba berkelakukan tidak senonoh terhadapnya ketika menyambut hari jadinya di sebuah kelab malam.

Akibat kejadian itu, dia dipenjara selama beberapa jam pada Oktober 2016.

Obenauf, dilahirkan di Rio de Janeiro dan ketika kecil dia banyak menghabiskan masanya dengan bermain bola sepak, selain aktif dalam sukan gimnastik sebelum beralih kepada sukan tinju pada usia 18 tahun. 

Obenauf mula bekerja dalam industri gastronomi di Switzerland selepas bersara daripada dunia sukan dan dia mempunyai seorang anak lelaki bernama Calvin.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya