Penduduk Jakarta 118 kali ganda lebih padat - Utusan Malaysia

Penduduk Jakarta 118 kali ganda lebih padat

KEPADATAN penduduk Jakarta adalah 118 kali ganda lebih tinggi daripada purata penduduk di Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kepadatan penduduk Jakarta adalah 118 kali ganda lebih tinggi daripada purata penduduk Indonesia berdasarkan data daripada kerajaan tempatan tahun ini. 

Lapor Republika, Gabenor Jakarta, Anies Basweden berkata, Jakarta mempunyai kawasan seluas 662.3 hektar dengan populasi mencecah 11.06 juta termasuk 4,380 warganegara asing pada tahun lalu. 

Menurut Anis, kepadatan populasi di Jakarta ketika ini mencecah 16,704 orang per hektar. 

Angkat itu sekali gus bersamaan 118 kali lebih tinggi berbanding kepadatan populasi penduduk Indonesia 141 orang per hektar mengikut keputusan unjuran penduduk dengan kawasan tanah tahun ini. 

“Kawasan ini mempunyai kepadatan, kerumitan dan masalah ruang yang sangat kompleks. 

“Pada 17 Januari 2018, kita lancarkan program bernama Jakarta One yang mengandungi Satu Peta, Satu Data, Satu Polisi yang menggabungkan semua keputusan berdasarkan data,” katanya. 

Sistem Jakarta One itu mengandungi maklumat mengenai ruang di sistem koordinat tertentu atau sistem koordinat Universal Transverse Mecator (UTM) yang sangat berguna dalam perancangan bandar holistik, menyediakan ruang diperlukan oleh komuniti termasuk memberikan tumpuan mengenai isu alam sekitar.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya