Pelancong asing dilarang masuk ke Indonesia - Utusan Malaysia

Pelancong asing dilarang masuk ke Indonesia

BERMULA 1 hingga 14 Januari, kerajaan Indonesia tidak membenarkan kemasukan pelancong asing berikutan penularan varian baharu Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia secara rasmi melarang kemasukan pelancong asing ke negara ini bermula 1 hingga 14 Januari 2021 berikutan penularan varian baharu Covid-19 di beberapa negara ketika ini.

Lapor CNN Indonesia, Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi berkata, larangan itu melibatkan semua negara.

Katanya, pelancong asing yang dijadualkan tiba di negara ini dalam tempoh 28 hingga 31 Disember diwajibkan mengikuti protokol Covid-19 yang ditetapkan.

“Pertama, pelancong asing perlu menunjukkan bukti yang mereka negatif Covid-19 berdasarkan hasil ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) yang dilakukan sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam sebelum menaiki pesawat.

“Kedua, mereka yang tiba di negara ini diwajibkan mengulang ujian PCR dan menjalani kuarantin selama lima hari di tempat yang disediakan,” kata Retno.

Selain itu, Retno juga menjelaskan bahawa syarat-syarat tersebut juga diguna pakai untuk rakyat Indonesia di luar negeri yang akan kembali ke negara ini.

Jelas beliau, rakyat Indonesia di luar negeri masih dibenarkan memasuki negara ini namun perlu mematuhi semua syarat yang ditetapkan.

Bagaimanapun, larangan tersebut tidak melibatkan urusan rasmi negara termasuk kunjungan menteri, tetapi protokol ketat perlu dipatuhi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya