Pekerja Bangladesh dijatuhkan hukuman mati bunuh teman wanita - Utusan Malaysia

Pekerja Bangladesh dijatuhkan hukuman mati bunuh teman wanita

SEORANG wanita dibunuh di Hotel Golden Dragon, Geylang, Singapura, dua tahun lalu. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang pekerja Bangladesh dijatuhkan hukuman mati hari ini kerana membunuh teman wanitanya di Hotel Geylang, dua tahun lalu.

Ahmed Salim, 31, didakwa melakukan jenayah tersebut di Hotel Golden Dragon, 30 Disember 2018 kerana kekasihnya yang merupakan seorang pembantu rumah enggan meninggalkan lelaki lain.

Lelaki itu yang sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita lain ketika itu didapati mencekik mangsa, Nurhidayati Wartono Surata, 34, dengan sehelai tuala.

Ahmed kemudian mengikat leher wanita warganegara Indonesia itu dengan tali dengan beberapa ikatan dan memusingkan kepalanya dengan kuat.

Suspek malah mencuri barangan berharga mangsa dan meninggalkan mayat wanita itu sebelum ditemui oleh penyambut tetamu hotel itu pada malam hari kejadian.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh kecederaan tulang belakang serviks.

Pesuruhjaya Kehakiman Mavis Chionh mendapati tindakan sebelum, semasa dan selepas pembunuhan itu menunjukkan permulaan, perancangan serta kaedah pelaksanaan.

Hakim menolak hujah pembelaan Ahmed kononnya berlaku provokasi mangsa diaibkan dengan kata-kata berikut:

“Dia lebih baik daripada kamu, dia lebih bagus daripada kamu di hotel, dia lebih bagus di katil dan aspek kewangan.

“Sekiranya kamu tidak percaya, minggu depan saya akan pergi dengannya, kami akan buat video dan tunjukkan kepada kamu,” katanya.

Hakim mendapati mangsa langsung tidak mengeluarkan sebarang perkataan mengaibkan diri suspek.

Malah, suspek juga tidak menyebut tentang perkataan itu dalam laporan polis dan pemeriksaan kesihatan bersama pakar psikiatri Institut Kesihatan Mental. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya