Peguam Trump positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Peguam Trump positif Covid-19

UNITED STATES - NOVEMBER 19 (FILE): Rudolph Giuliani, attorney for President Donald Trump, conducts a news conference at the Republican National Committee on lawsuits regarding the outcome of the 2020 presidential election on Thursday, November 19, 2020. (Photo By Tom Williams/CQ-Roll Call, Inc via Getty Images)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan peguam peribadinya, Rudy Giuliani disahkan positif jangkitan Covid-19.

Giuliani, 76, merupakan anggota terbaharu dalam kumpulan orang penting pemimpin politik itu dijangkiti penyakit tersebut.

Faktor usia bekas Datuk Bandar New York itu meletakkan beliau dalam kumpulan berisiko tinggi.

Menurut laporan New York Times dan ABC, beliau dimasukkan ke hospital semalam di Washington di tengah-tengah AS menghadapi peningkatan kes Covid-19.

Berita mengenai keputusan ujian Giuliani didedahkan selepas beliau merentas ke beberapa negeri bagi mengetuai usaha Trump membatalkan kemenangan Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden pada 3 November lalu.

Sepanjang perjalanannya, Giuliani sering dilihat tanpa pemakaian pelitup muka termasuk ketika berada di Dewan Undangan Negeri Michigan di Langsing pada Rabu lalu.

Khamis lalu, rakaman CNN menunjukkan beliau sedang berjalan tanpa pelitup muka di Atlanta, sambil berbual dengan beberapa individu lain yang juga tidak memakai pelitup muka.

“Giuliani, bekas Datuk Bandar New York yang hebat dan bekerja keras mendedahkan pilihan raya paling korup (setakat ini) dalam sejarah AS, disahkan positif virus Covid-19.

“Semoga beliau cepat sembuh, kita akan teruskan!,” kata Trump dalam ciapannya di Twitter.

Giuliani sebelum itu ditemubual secara langsung di Fox News dan tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan virus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya