PBB kumpul AS$370 bilion dana kecemasan - Utusan Malaysia

PBB kumpul AS$370 bilion dana kecemasan

Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) akan diadakan 21 September ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan mengumpul lebih AS$370 juta (RM1.5 bilion) bagi dana kecemasan untuk membantu menangani krisis pada tahun depan.

Menurut PBB dalam satu kenyataan, lebih 50 penderma berikrar untuk menyumbang wang kepada Tabung Tindakan Kecemasan Pusat PBB (CERF) yang diuruskan oleh Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, Mark Lowcock.

Bagaimanapun, identiti penderma tidak didedahkan.

“Dana ini adalah salah satu cara terpantas untuk membantu rakyat terperangkap dalam sesuatu krisis yang berlaku secara tiba-tiba dan buruk.

“Ia juga membantu bahagian kekurangan dana yang tidak berada di puncak radar dunia,” kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dalam satu sidang video mengenai penderma di ibu pejabatnya.

Dalam pada itu, Lowcock berkata, CERF yang ditubuhkan pada 2015, telah membantu jutaan penduduk untuk mendapatkan makanan, penjagaan ksihatan, tempat tinggal dan perlindungan pada tahun ini.

Pada 2020, CERF menyalurkan bantuan kepada 65 juta rakyat di 52 negara dan wilayah dengan jumlah lebih daripada AS$900 juta (RM3.66 bilion).

Jelas kenyataan itu, dana tersebut digunakan untuk menangani pandemik Covid-19 dan penyakit lain serta sebagai bantuan kemanusiaan bagi meredakan konflik, bencana alam dan mengelakkan kelaparan.

Persidangan penderma bagi mengumpul dana kecemasan itu diadakan beberapa hari selepas PBB menyiarkan anggaran dana kemanusiaan diperlukan bagi menampung 160 juta rakyat pada 2021, dengan jumlah sebanyak AS$35 bilion (RM142.3 bilion). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya