Pasangan pengantin pakai sut PPE - Utusan Malaysia

Pasangan pengantin pakai sut PPE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sepasang pengantin dari India meneruskan majlis perkahwinan mereka dengan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) selepas pengantin perempuannya disahkan positif Covid-19.

Lapor CNN, menurut pegawai kesihatan tempatan, pasangan tersebut yang identitinya tidak didedahkan, memutuskan untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada Ahad lalu di perkarangan pusat kuarantin Covid-19 di Baran, wilayah barat Rajasthan.

Di bawah kanopi merah dan di hadapan api suci, pengantin lelaki dan perempuan menukar kalungan bunga dengan berpakaian sut hazmat berwarna biru, topi pelindung dan pelitup muka.

Sami yang melangsungkan perkahwinan pasangan tersebut turut mengenakan sut hazmat berwarna putih dan kelihatan seperti angkasawan.

Pegawai kesihatan, Rajendra Meena memberitahu Reuters bahawa pengantin perempuan itu dimasukkan ke pusat kuarantin tersebut selepas dia dan seorang ahli keluarganya disahkan positif Covid-19.

“Kami berbincang dengan kedua-dua pihak keluarga dan mereka bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan di pusat kuarantin tanpa sebarang adat yang rumit,” katanya.

Selepas majlis itu, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan ditempatkan secara berasingan di pusat kuarantin berkenaan.

Majlis perkahwinan di India sering dilangsungkan secara besaran dengan dihadiri keluarga pengantin, saudara mara dan tetamu lain.

Namun, beberapa negeri melaksanakan sekatan terhadap jumlah tetamu dibenarkan hadir pada majlis perkahwinan sejak pandemik Covid-19.

India melaporkan kes jangkitan Covid-19 kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dengan lebih 9.6 juta kes disahkan.    

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya