Pasangan memerang dijodohkan penjaga - Utusan Malaysia

Pasangan memerang dijodohkan penjaga

HARRIS dan Pumpkin bertemu selepas ‘diaturkan’ oleh penjaga masing-masing. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang memerang jantan dan betina yang kehilangan pasangan masing-masing akhirnya ‘disatukan’ setelah ‘dijodohkan’ oleh penjaga mereka. 

Lapor Daily Mail, memerang betina, Pumpkin yang berasal dari laut Scarborough kehilangan pasangannya, Eric sehingga mengalami kemurungan. 

Manakala, memerang jantan Asia, Harris dari The Cornish Seal Sanctuary di Gweek kehilangan pasangannya, Apricot yang memaksa dia hidup bersendirian buat pertama kali selama empat tahun. 

Kebanyakan spesies memerang sungai adalah monogami dan hidup berpasangan.

Kisah Pumpkin dan Harris bermula selepas penjaga mereka saling berbalas mesej dan gambar  haiwan berkenaan menerusi aplikasi Whatsapp.

Kemudian, kedua-dua penjaga bercadang untuk ‘menyatukan’ memerang mereka memandangkan haiwan tersebut sudah pun kehilangan pasangan masing-masing.

Penjaga Harris kemudiannya memindahkan haiwan itu ke Scarborough untuk ‘bertemu’ dengan Pumpkin.

‘Sesi perkenalan’ berjalan dengan baik dan kedua-dua memerang tersebut akhirnya mencapai keserasian dan mula hidup sebagai pasangan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya