Nyaris buta selepas pencangkuk tusuk mata - Utusan Malaysia

Nyaris buta selepas pencangkuk tusuk mata

CECILIA Chan tertusuk matanya pada rak logam dan mengenai bahagian kelopak matanya sehingga terkoyak. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun nyaris buta akibat tersangkut pada pencangkuk logam ketika mencari baju di Pasar Raya Kmart Store, Sydney.

Lapor Mirror, mangsa, Cecilia Chan tertusuk matanya pada rak logam dan mengenai bahagian kelopak matanya sehingga terkoyak.

Budak itu bersama neneknya ke pasar raya itu dan semasa cuba mencapai baju yang dikehendaki, dia hilang keseimbangan.

Sebulan sebelum kejadian itu, bandar itu merekodkan kejadian sama melibatkan budak berusia lima tahun, Saad yang tertusuk mata pada pencangkuk besi ketika membeli belah bersama ibu dan kakaknya di pasar raya Target.

Disebabkan kejadian itu, kedua-dua pusat beli belah itu diarah meningkatkan ciri keselamatan di seluruh Australia.

Saad pada mulanya disahkan buta dan memerlukan hampir dua jam melakukan pembedahan untuk membaiki saluran air mata yang terkoyak dalam kemalangan itu.

Ibu bapanya bersyukur kerana bernasib baik anak mereka tidak buta akibat kejadian itu.

“Mainan anak saya terjatuh dan dia ingin mengambilnya lalu matanya tersangkut pada pencangkuk tersebut.

“Dia menjerit dan isteri saya cuba menarik besi itu keluar kerana terkena kelopak matanya sehingga begitu banyak darah mengalir keluar dan dia mula menjerit,” katanya.

Selepas meneliti insiden Cecilia, Kmart Australia mempertimbangkan beberapa langkah bagi meningkatkan keselamatan pencangkuk di bahagian pakaian.

Syarikat itu bercadang menggantikan pencangkuk sedia ada dengan penutup plastik awal tahun depan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya