‘NorCal Rapist’ dipenjara 897 tahun - Utusan Malaysia

‘NorCal Rapist’ dipenjara 897 tahun

ROY Charles Waller dihukum penjara selama 897 tahun atas kesalahan melakukan serangan seksual di California, Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Perogol bersiri, Roy Charles Waller, 60, yang pernah menggemparkan California Utara selama kira-kira 15 tahun lalu akan menghabiskan sisa hidupnya di penjara.

Waller yang dikenali sebagai ‘NorCal Rapist‘ dijatuhi hukuman 897 tahun atau seumur hidup di penjara Jumaat lalu selepas disabitkan dengan pelbagai kesalahan jenayah termasuk penculikan, pemerkosaan, seks oral dan liwat.

Memetik laporan CNN, hakim mensabitkannya atas 46 tuduhan dalam satu siri serangan antara tahun 1991 dan 2006 terhadap sembilan wanita, yang semuanya menuntut  keadilan selepas  puluhan tahun.

Waller juga dilaporkan menyerang wanita di enam daerah di California Utara.

“Dalam banyak keadaan, dia akan masuk ke rumah, mengikat mangsanya dan berulang kali menyerang mereka secara seksual,”  menurut detektif Polis Sacramento, Avis Beery.

Sejak tahun 2006, polis mempunyai bukti asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengaitkan enam kes dengan suspek yang sama.

Namun, mereka sebelum ini  tidak dapat menentukan penyerangnya adalah Waller kerana DNA tidak ada dalam pangkalan data pesalah jenayah negeri berkenaan.

Kebuntuan akhirnya terungkai pada September 2018 apabila bukti biologi ditemukan di tempat kejadian  selepas seorang wanita yang diserang secara seksual digunakan untuk mencari profil DNA Waller.

Dengan menggunakan penyiasatan genetik geologi (IGG) yang canggih, pihak berkuasa berjaya mengesan senarai saudara-mara pelaku sekaligus mengenal pasti Waller sebagai suspek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya