Negara EU mulakan program vaksinasi Covid-19 - Utusan Malaysia

Negara EU mulakan program vaksinasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Negara Kesatuan Eropah (EU) memulakan program vaksinasi hari ini yang disifatkan sebagai kunci utama untuk memerangi Covid-19.

Program itu dilihat memberi sinar kepada penduduk blok Eropah untuk bangkit semula selepas rantau itu terjejas teruk akibat pandemik berkenaan yang bermula sejak Disember tahun lalu.

Jerman, Hungary dan Slovakia terlebih dahulu melaksanakan program vaksin semalam dengan seorang wanita warga emas berusia 101 tahun menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin tersebut di Jerman.

Seorang wanita warga emas berusia 96 tahun yang tinggal di rumah penjagaan orang tua di tengah Sepanyol juga menjadi orang pertama yang menerima vaksin Covid-19 di negara itu hari ini.

Araceli Rosario Hidalgo Sanchez memaklumkan suntikan itu tidak sakit dan melahirkan rasa syukur.

Di Itali, seorang jururawat berusia 29 tahun, Claudia Alivernini diberi penghormatan menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Covid-19.

Setakat ini, China, Rusia, Kanada, Amerika Syarikat (AS), Switzerland, Serbia, Singapura dan Arab Saudi sudah memulakan program vaksinasi Covid-19. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya