WINDHOEK, Namibia: Pihak berkuasa negara ini bakal melelong kira-kira 170 ekor gajah berikutan musim kemarau dan pertambahan populasi haiwan tersebut.
Lapor CNN, peningkatan insiden antara manusia dan haiwan itu juga menyaksikan kerajaan mengambil langkah menjual sejumlah gajah di negara ini.
Gajah Namibia merupakan antara spesies terancam susulan kegiatan pemburuan haram, pemerdagangan hidupan liar secara haram dan faktor ekologi.
Kementerian Alam Sekitar Hutan dan pelancongan Namibia akan melelong gajah-gajah berkenaan kepada mana-mana pihak yang memenuhi kriteria ditetapkan.
Bakal pembeli juga perlu mendapatkan permit untuk memelihara gajah tersebut, selain kebenaran daripada pihak berkuasa negara masing-masing.
Berdasarkan data kerajaan, jumlah gajah di negara ini meningkat dari 7,500 ekor kepada 24,000 antara tahun 1995 hingga 2019.