'Nak kencing pun susah' - Utusan Malaysia

‘Nak kencing pun susah’

SYLVIE tidak mampu ke tandas rumahnya selepas semua ruang dipenuhi sampah seberat 27 tan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita yang enggan membuang sampah selama 10 tahun terpaksa memakai lampin dewasa selepas 27 tan sampah memenuhi ruang rumahnya sehingga ‘menutup laluan ke tandas’.

Lapor Daily Mail, Sylvie, 60, dari York mula memakai lampin selepas sisa sampah terkumpul di semua bilik, tangga, dapur dan ruang tamu rumahnya. 

Pemilik rumah itu tidak membenarkan sesiapa memasuki rumahnya selama hampir 20 tahun malah longgokan sampah tersebut mengganggu kesihatan mentalnya serta memberi risiko kesihatan fizikalnya. 

“Saya rasa sangat malu, keadaan menjadi semakin buruk. Ruang di bilik menjadi sangat teruk dengan sampah penuh dari lantai hingga ke siling.

“Saya tidur di atas timbunan sampah dan hanya menggunakan bilik air sekiranya saya dapat memanjat sampah itu serta saya tidak mempunyai dapur kerana tidak dapat ke sana,” katanya.

Selain itu, Sylvie juga memaklumkan dia tidak boleh menggunakan peti sejuk menyebabkan wanita itu menyimpan makanannya di tangga dan hanya mampu duduk di depan pintu setiap hari.

Namun, masalah yang dihadapi Sylvie akhirnya selesai apabila tiga jiran terdekatnya termasuk pasukan sukarelawan membantu membersihkan rumah berkenaan.

Kesemua sampah dalam rumah Sylvie berjaya dibuang dalam tempoh seminggu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya