Misi mencari mangsa gempa bumi Croatia diteruskan - Utusan Malaysia

Misi mencari mangsa gempa bumi Croatia diteruskan

BEBERAPA askar Croatia memeriksa runtuhan bangunan akibat gempa bumi kuat di Petrinja pada Selasa. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CROATIA: Misi mencari mangsa yang dipercayai masih selamat selepas gegaran gempa bumi yang melanda negara ini semalam masih diteruskan.  

Kejadian gempa bumi sekuat 6.4 skala Richter sehingga menyebabkan atap rumah tercabut dan batu-batu berselerakan di jalanan mengorbankan tujuh nyawa setakat ini. 

Gegaran gempa bumi itu dapat dirasakan sehingga Vienna tetapi kerosakan besar dilaporkan berlaku di sekitar bandar Petrinja yang mempunyai kira-kira 20,000 penduduk dan berada kira-kira-kira 50 kilometer (km) ke selatan ibu negara Croatia, Zagreb.

Pasukan penyelamat menggali di celah-celah runtuhan bagi mencari mangsa yang terselamat susulan gempa bumi tersebut yang berlaku pada waktu tengah hari.

Sementara Kesatuan Eropah mengumumkan akan memberikan lebih banyak bantuan.  

Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic berkata, pada Selasa, tujuh mangsa dijumpai setakat ini dan kemungkinan lebih banyak lagi akan ditemukan.

Menurut pihak polis, sekitar 20 orang mengalami kecederaan dan antara yang terkorban adalah seorang gadis muda di Petrinja yang dilaporkan berusia 12 tahun, dan sekurang-kurangnya lima orang di sebuah kampung berdekatan. 

Perkhidmatan Pasukan Penyelamat Gunung Croatia memaklumkan, seramai enam orang diselamatkan daripada runtuhan tersebut dengan bantuan anjing. 

Ramai individu di Petrinja berada dalam ketakutan untuk pulang ke rumah pada waktu malam kerana khuatir berlaku gempa susulan.  

Sementara itu, pakar pembinaan berkata, kerosakan akibat gempa bumi menyebabkan sebahagian besar bangunan di kawasan pusat bandar tidak boleh digunakan. 

Seorang pekerja kilang daging, 72, Marica Pavlovic berkata, rumah pangsapurinya mengalami kerosakan apabila semua jubin di bilik mandi pecah dan semua pinggan mangkuk jatuh berderai. 

“Walaupun kita mahu ke sana, kita tidak dapat masuk lagi kerana tiada bekalan elektrik,” katanya. 

Sebilangan mangsa memilih untuk bermalam dalam kereta masing-masing atau tinggal bersama saudara-mara di bandar lain, sementara hampir 200 orang berlindung di kem tentera.  -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya