ARAB SAUDI: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman atau juga dikenali sebagai MBS menolak dakwaan yang menuduhnya menghantar pasukan khas untuk membunuh orang buangan negara itu yang juga bekas pegawai perisikan khas.
Lapor BBC, menerusi saman yang difailkan di mahkamah Amerika Syarikat (AS), Saad al-Jabri mendakwa cubaan bunuh itu berlaku di Kanada semasa dia melarikan diri tiga tahun lalu.
Katanya, putera mahkota itu mahu dirinya dibunuh kerana mengetahui banyak rahsia.
Mohammmed sebaliknya berkata, Jabri cuba menyembunyikan musuhnya sendiri.
Putera Mahkota itu menunjukkan kekebalan dirinya daripada pendakwaan sebagai ketua negara malah berkhidmat sebagai pemimpin asing juga adalah kebal daripada tuntutan sivil di AS.
Bagaimanapun, Jabri menuntut putera mahkota itu di bawah Undang-Undang Tort Alien dan Undang-Undang Perlindungan Korban Penyeksaan 1991 yang membolehkan warganegara asing mengemukakan aduan di AS atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia.
Peguam bagi putera berusia 35 tahun itu menjelaskan aduan Jabri adalah penuh drama termasuk menyamakan putera mahkota itu dengan salah satu penjahat terhebat Shaksepeare.
Selama bertahun-tahun Jabri, 61, menjadi perisik utama bagi M16 Britain dan agensi perisik barat lain di Arab Saudi.