Masjid pertama Greece dibuka semula sempena Krismas - Utusan Malaysia

Masjid pertama Greece dibuka semula sempena Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Masjid rasmi pertama Greece yang ditutup beberapa hari selepas perasmiannya sebelum ini susulan pandemik Covid-19 akan dibuka semula pada perayaan Krismas.

Lapor The Guardian, kelonggaran itu dibuka selepas kerajaan Greece membenarkan penduduknya yang beragama Kristian pergi ke gereja pada Krismas.

Setiausaha Agung Kementerian Pendidikan dan Hal Ehwal Agama Greece, Giorgos Kalantzis berkata, keputusan itu dibuat bagi menunjukkan tiada diskriminasi dan semua rumah ibadah boleh beroperasi mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan.

“Setiap perhimpunan di rumah ibadah tidak boleh melebihi 25 orang selain perlu memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial,” katanya.

Imam masjid tersebut, Mohammed Sissi Zaki  menyifatkan keputusan itu sebagai satu kesyukuran.

“Selepas perintah berkurung dilaksanakan, pembukaan semula masjid ini merupakan satu nikmat dan kesyukuran untuk semua penduduk beragama Islam,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya