Maki ‘raya babi’, lelaki dipenjara tujuh hari - Utusan Malaysia

Maki ‘raya babi’, lelaki dipenjara tujuh hari

WALTER Goh dipenjara tujuh hari selepas didapati bersalah sengaja mengeluarkan kata-kata menyinggung perasaan berhubung agama dan kaum. - TODAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki dipenjara tujuh hari selepas didapati bersalah kerana sengaja mengeluarkan ungkapan untuk menyinggung hati orang lain.

Lapor Berita Mediacorp, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Walter Goh, 43, didakwa memaki seorang pemandu lain selepas tidak berpuas hati kerana tidak dapat memotong laluan di sebuah stesen minyak di sini.

Kejadian itu berlaku pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

Dalam kejadian tersebut, Goh mengeluarkan makian berbunyi ‘raya babii’ secara berulang kali terhadap pemandu tersebut yang ketika itu ingin mengisi minyak untuk beraya.

Pada minggu lalu, Goh yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah menyebabkan gangguan dan mengeluarkan kata-kata yang bertujuan menyakiti perasaan berkaitan agama dan kaum.

Timbalan pendakwa raya, Lim Ying Min menyifatkan insiden tersebut sebagai kes buli jalan raya dan mendakwa Goh sengaja menggunakan kata-kata tersebut untuk membangkitkan kemarahan mangsa.

“Walaupun defendan tahu kata-katanya sangat menyinggung perasaan, dia masih menyebut perkataan itu berulang kali dan perkara itu sangat tidak wajar,” katanya.

Bagi kesalahan mencetuskan gangguan, Goh boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda S$5,000 (RM15,213) atau kedua-duanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya