Mahkamah larang jual biskut `serbuk kayu' - Utusan Malaysia

Mahkamah larang jual biskut `serbuk kayu’

SERBUK kayu tidak disenaraikan sebagai ramuan boleh dimakan yang diluluskan oleh Kesatuan Eropah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang pembuat roti di Jerman yang menghasilkan biskut diperbuat daripada serbuk kayu selama hampir dua dekad, diarahkan untuk berhenti menjual kerana didapati tidak sesuai untuk dimakan.

Lapor Oddity Central, sebuah mahkamah pentadbiran di Karlsruhe, barat daya Jerman mengekalkan keputusan larangan penjualan biskut tersebut meskipun pembuat roti terbabit mendakwa ia adalah produk sayuran tradisional.

Pembuat roti yang tidak dinamakan itu didapati menjalankan perniagaan menjual biskut serbuk kayu di seluruh Jerman.

Dia mendakwa telah menulis surat kepada majlis perbandaran Karlsruhe mengenai penggunaan bahan itu dalam biskutnya pada 2004 namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Pada 2017, satu pemeriksaan rutin dijalankan ke atas sampel biskut itu sehingga menyebabkan larangan penjualan dikenakan dan kemudian pembuat roti mencabar keputusan itu di mahkamah.

“Biskut ini tidak harus dimasukkan dalam rantaian makanan kerana ia tidak selamat dan sesuai untuk dimakan,” menurut keputusan Mahkamah Tinggi Pentadbiran Negeri Baden-Wurttemberg.

Hakim memaklumkan meskipun dakwaan pembuat roti kononnya serbuk kayu merupakan bahan tradisional, ia juga tidak digunakan dalam industri makanan haiwan.       

Mahkamah berpandangan bahawa serbuk kayu digunakan sebagai pengisi dan pembawa untuk peralatan teknikal dan tidak disenaraikan sebagai ramuan boleh dimakan yang diluluskan oleh Kesatuan Eropah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya