LONDON: Penghuni sebuah perkampungan di Hoo, Kent terpaksa meletakkan mangkuk tandas di tepi jalan bagi memudahkan para pemandu lori membuang air kecil tanpa ‘melepaskan hajat’ mereka di tepi kenderaan penduduk.
Lapor Daily Mail, langkah itu dibuat selepas ramai penduduk membuat aduan mengenai kenderaan mereka sering dijadikan ‘sasaran’ oleh pemandu lori untuk membuang air kecil.
Menurut penduduk setempat, para pemandu akan meletakkan lori mereka di sepanjang jalan sebelum mengunjungi gudang Amazon untuk mengangkut barangan.
Seorang pemilik kedai, Kim Hazelwood berkata, penduduk kampung mula rimas dengan tindakan pemandu lori tersebut dan berpandangan meletakkan mangkuk tandas adalah cara terbaik untuk ‘mendidik’ mereka.
“Bukan sahaja kesan air kencing, ada juga pemandu yang sanggup membuang hajat besar sehingga mengotori kawasan sekitar. Bau busuk juga mengganggu hidup kami,” katanya.
Hazelwood memberitahu, sebelum ini terdapat tandas yang disediakan oleh sbeuah premis internet, namun pemandu lori dikenakan bayaran untuk menggunakan kemudahan yang disediakan.
Sehubungan itu, mereka enggan memasuki premis tersebut untuk ke tandas dan lebih selesai melepaskan hajat di tepi kenderaan penduduk kampung.
“Keadaan menjadi bertambah buruk selepas pihak berkuasa tempatan menutup sebuah tempat meletak lori,” ujarnya.