NEW YORK: Seorang lelaki melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai di sebuah gereja di sini selepas berlangsungnya persembahan koir di luar premis berkenaan.
Berikutan insiden itu, pasukan polis melepaskan tembakan ke arah suspek dan dia dilaporkan meninggal dunia di hospital.
Jurucakap Jabatan Polis New York, Edward Riley berkata, suspek melepaskan tembakan ke arah polis namun tiada sebarang kecederaan mahypun kematian dilaporkan setakat ini.
Ketika kejadian, suspek menjerit ‘bunuh aku’ dan ‘tembak aku’ sambil melepaskan tembakan menyebabkan orang ramai lari bertempiaran. – AFP