Lelaki ditumbuk, ditendang kanggaru - Utusan Malaysia

Lelaki ditumbuk, ditendang kanggaru

SEORANG lelaki cedera selepas seekor kanggaru menumbuk dan menendangnya ketika cuba menghalau haiwan itu dari rumahnya di New South Wales, Australia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diserang oleh seekor kanggaru ketika dia cuba menghalau haiwan itu yang berada di luar rumahnya pada Krimas lalu.

Lapor Daily Mail, video yang dirakam oleh keluarga Mitchell Robinson dari South West Rocks di New South Wales Mid North Coast menunjukkan haiwan jenis marsupial besar itu melompat ke arah lelaki terbabit dan bertindak menyerangnya sebelum melarikan diri.

Rakaman tersebut menunjukkan kanggaru itu memukul dengan kakinya dan kemudian menendang mangsa sehingga jatuh ke tanah.   

Menurut keluarga berkenaan, ketika kejadian, kanggaru itu berkeliaran di sekitar halaman depan rumah mereka selama beberapa jam dan menggali lubang. 

Robinson cuba menghalau kanggaru itu kerana mahu melindungi anak-anaknya daripada haiwan agresif tersebut.  

“Ia merupakan kanggaru jantan yang sangat besar. Haiwan itu merenung ke arah lelaki tersebut dan menyerangnya ketika lelaki itu membaling batu ke arahnya,” kata rakan keluarga tersebut, Tina Grace.

Katanya, lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam kejadian tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya