Lelaki ditahan panjat sayap pesawat - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan panjat sayap pesawat

GAMBAR daripada rakaman video menunjukkan seorang lelaki berjalan di atas sayap pesawat Alaska Airlines. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEVADA: Seorang lelaki ditahan selepas memanjat sayap pesawat Alaska Airlines di sebuah lapangan terbang di sini semalam.

Lapor CNN, Alaska Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan, ketika kejadian, penerbangan 1367 dari Las Vegas ke Portland bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran apabila juruterbang mengesan seorang individu berjalan ke arah pesawat.

Juruterbang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada menara kawalan. 

Jurucakap lapangan terbang, Joe Rajchel berkata, Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas dan pegawai lapangan terbang menahan lelaki tersebut. 

Menurut Rajchel, lelaki itu melompat pagar perimeter dan ditemukan oleh petugas lapangan terbang pada pukul 1.40 petang waktu tempatan

Video yang dirakam oleh penumpang menunjukkan lelaki tersebut duduk dan berjalan di sayap pesawat itu sebelum menanggalkan stokin dan kasutnya sebelum cuba memanjat bahagian hujung sayap pesawat berkenaan.

Ketika polis menghampiri lelaki itu, dia meluncur ke bawah sayap dan terjatuh ke atas landasan sebelum ditahan dan di bawa ke pusat perubatan.

Sementara itu, jadual penerbangan pesawat tersebut terpaksa ditunda bagi membolehkan pemeriksaan penuh dilakukan susulan insiden yang  berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya