AFRIKA SELATAN: Seekor buaya menyerang sebuah trak yang dinaiki dua nelayan yang sedang memburu jerung minggu lalu.
Lapor Mirror, Zak Faurie Williams, 32, sedang memancing jerung dengan rakannya, Jaret Mosely dan menggunakan lampu kereta untuk menerangkan kawasan berair itu.
Namun, semasa memancing lampu daripada trak itu menarik tumpuan buaya yang muncul keluar dari air.
Zak terus melompat ke atas trak dan merekodkan kejadian itu sementara Jaret bersembunyi di bonet kenderaan itu.
Menerusi video itu, kedengaran Zak menjerit semasa buaya itu menghampiri trak yang diterangi cahaya lampu.
“Tidak, ia tidak boleh menggigit van aku!” jeritnya.
Mereka berdua sama sekali tidak menjangkakan berdepan dengan buaya yang boleh membesar sehingga empat meter panjang dan seberat 1,000 kilogram.
Kedua-dua mereka dilaporkan selamat.