Kylie Jenner raih bayaran tertinggi 2020 - Utusan Malaysia

Kylie Jenner raih bayaran tertinggi 2020

KYLIE JENNER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang realiti televisyen, Kylie Jenner di senaraikan sebagai selebriti mendapat bayaran tertinggi pada tahun ini dengan memperoleh jumlah pendapatan sebanyak AS$590 juta (RM2.4 bilion).  

Lapor The Sun, menurut Forbes, bintang rancangan ‘Keeping Up With the Kardashians’ itu mengalahkan kakaknya, Kim Kardashian dan senarai itu turut menampilkan selebriti ternama Hollywood lain seperti penyanyi, Taylor Swit, Rihanna dan aktor, Dwayne Johnson (The Rock).

Kylie memperoleh pendapatan pra cukai sebanyak AS$540 juta (RM2.2 bilion) hasil jualan 51 peratus syarikat miliknya, Kylie Cosmetic. 

Forbes menyenaraikan Kylie sebagai bilionair termuda pada tahun lalu, walaupun segelintir pihak menafikan dan mendakwa selebriti itu mungkin memalsukan pulangan cukai selama beberapa tahun.

Teman lelaki Kylie iaitu penyanyi rap, Travis Scott pula berada pada tangga ke-82 dalam senarai 2020 selepas memperoleh pendapatan sebanyak AS$39.5 juta (RM159.6 juta).

Penyanyi rap, Kanye West yang juga merupakan salah seorang calon Presiden Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS) 2020, menduduki tempat kedua dengan pendapatan diperoleh sebanyak AS$170 juta (RM687 juta).

Kim pula menduduki tangga ke-48 dalam senarai itu selepas meraih AS$48.5 juta (RM195.5 juta).

Pemain tenis, Roger Federer berada pada tempat ketiga dengan pendapatan AS$106.3 juta (RM429.3 juta) manakala bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo di kedudukan keempat dengan pendapatan AS$105 juta (RM424 juta) dan Lionel Messi di tangga kelima dengan AS$104 juta (RM420 juta).

TAYLOR SWIFT

The Rock berada di kedudukan ke-10 dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$87.5 juta (RM353 juta), Swift pada tangga ke-25 AS$63.5 juta (RM256 juta) dan Rihanna pada tempat ke-60 AS$46 juta (RM186 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya