LONDON: Seorang pelajar universiti menjadi mangsa ejekan dan sindiran orang ramai termasuk rakan sekelasnya hanya kerana memiliki payu dara bersaiz luar biasa iaitu 32HH.
Lapor Daily Mail, Aminata Daboh, 20, dari Birmingham menyatakan dia tidak pernah membuat pembedahan membesarkan payudara dan aset yang dimilikinya adalah tulen.
Katanya, dia berdepan dengan kesukaran untuk melakukan aktiviti harian termasuk bersukan kerana saiz payudaranya.
“Saiz payu dara yang terlalu besar membuatkan saya susah untuk melakukan banyak aktiviti harian termasuk bersukan kerana saya sukar mencari pakaian dalam yang bersesuaian.
“Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan saya banyak terlepas melakukan aktiviti menarik bersama rakan-rakan,” katanya.
Daboh juga memberitahu bahagian belakangnya sering sakit akibat perlu menanggung beban berat payudaranya.
Sehubungan itu, gadis tersebut mula mengumpul dana secara dalam talian untuk membantunya mengecilkan payu dara menerusi pembedahan.
“Ahli keluarga saya mencadangkan supaya saya menjalani pembedahan mengecilkan payu dara agar postur badan saya lebih seimbang dan saya juga dapat menjalani kehidupan yang selesa.
“Saya terpaksa makan pil tahan sakit untuk hilangkan kesakitan dan saya risaukan keadaan saya apabila tua kelak,” ujarnya.
Setakat ini, Daboh sudah menerima sumbangan lebih 1,400 pound (RM7,604).