BEIJING: Sekurang-kurangnya 23 pelombong disahkan terkorban dalam insiden kebocoran gas monoksida di lombong arang batu di selatan China.
Angka itu meningkat dari 18 orang yang dilaporkan terkorban sebelum ini.
Setakat ini, hanya seorang pelombong berjaya diselamatkan dan usaha mencari serta menyelamat masih diteruskan pihak berkuasa.
Insiden tersebut berlaku di lombong Diaoshuidong di bandar Chongqing pada Jumaat lalu.
Pihak berkuasa China masih menyiasat insiden tersebut bagi mengenal pasti punca kejadian. – AFP