Kluster Northern Beaches jejas Sydney - Utusan Malaysia

Kluster Northern Beaches jejas Sydney

PETUGAS perubatan melakukan ujian saringan Covid-19 secara pandu lalu di Pantai Bondi, Sydney, Australia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pihak berkuasa Sydney mengumumkan sekatan Covid-19 baharu di bandar raya ini dengan menyaksikan penduduk diarah supaya duduk di rumah dan tidak digalakkan keluar tanpa sebarang urusan penting.

Lapor BBC, hanya 10 orang dibenarkan berkumpul di rumah dalam satu-satu masa dan 300 orang di kawasan terbuka, selain sekatan tersebut melibatkan lebih 250,000 penduduk di seluruh Sydney.

Langkah itu diambil selepas beberapa kes dilaporkan berlaku di kawasan Nothern Beaches yang sudah pun menjalani perintah berkurung sejak semalam selama lima hari.

Sejak itu, ramai penduduk sudah mula meninggalkan bandar raya ini bagi meraikan Krismas dengan kebanyakannya menuju ke negeri Victoria.

Sehubungan itu, mana-mana penduduk Sydney yang tiba di Victoria perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebagai langkah berjaga-jaga dan mengelakkan kemunculan kluster baharu di negeri tersebut.

Negeri di Australia Selatan juga mengeluarkan makluman yang sama kepada penduduk Sydney, manakala mereka yang pernah mengunjungi Northern Beaches tidak dibenarkan memasuki mana-mana negeri di bahagian selatan negara ini.

Sekatan tersebut boleh ditarik balik sekiranya tiada kes jangkitan dalam kalangan komuniti direkodkan.

Sehingga hari ini, Northern Beaches merekodkan sebanyak 68 kes dengan 30 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya