Kilat sambar murid, guru di padang sekolah - Utusan Malaysia

Kilat sambar murid, guru di padang sekolah

KILAT menyambar padang sekolah di pantai timur Australia -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRISBANE: Seramai 13 murid sekolah dan dua guru dibawa ke hospital selepas serangan kilat menyambar padang sekolah di pantai timur Australia, hari ini.

Kanak-kanak terlibat berusia antara 10 hingga 12 tahun sedang bermain di padang sekolah di Queensland semasa kejadian itu berlaku.

Jurucakap perkhidmatan ambulans, Greg Christensen berkata, kumpulan itu memaklumkan mereka berasa kebas di bahagian kaki dan seperti digigit semut manakala guru itu pula mengadu sakit di bahagian dada.

“Kilat itu dipercayai menyambar antara dua pokok di kawasan padang semasa murid-murid sedang bermain,” katanya.

Kanak-kanak itu menjadi lemah selepas insiden tersebut namun tiada sebarang tanda-tanda kecederaan fizikal.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut. – AFP

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya