TOKYO: Hampir setiap tahun sejak dia dari kecil, penduduk Hokkaido, Naomi dan keluarganya akan menikmati hidangan makanan segera, KFC, berserta makanan enak lain seperti kek dan buah-buahan.
“Di Jepun, adalah menjadi ‘kewajipan’ untuk keluarga makan KFC bila Krismas.
“Setiap tahun, saya akan beli makanan segera itu untuk dinikmati bersama keluarga,” katanya kepada CNN.
Setiap tahun sejak pertengahan tahun 1980-an, moskot KFC, Kolonel Sanders akan memakai kostum Santa Claus dan menyambut kedatangan pengunjung termasuk pelancong asing yang datang ke restoran KFC.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh KFC Amerika Syarikat, Jepun merekodkan sekitar AS$63 juta (RM256 juta) dari 20 hingga 25 Disember 2018 dengan orang ramai mula memenuhi restoran makanan segera itu bermula 23 Disember.