'Kesan luka tidak logik' - FPI - Utusan Malaysia

‘Kesan luka tidak logik’ – FPI

JENAZAH keenam-enam pengikut FPI selamat dikebumikan di kampung masing-masing. -TRIBUN NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Parti Front Pembela Islam (FPI) menemukan kesan luka tidak logik yang dialami oleh enam anggotanya yang mati ditembak polis, kelmarin.

Lapor Tribun News, perkara itu dibangkitkan oleh Peguam FPI, Aziz Yanuar yang mengaku sudah melihat secara langsung keadaan enam jenazah tersebut.

Katanya, selain luka tembakan, terdapat luka lebam lain yang bukan disebabkan oleh tembakan peluru.

“Beberapa kesan luka tidak logik. Luka akibat tembakan juga tidak logik,” katanya.

Polis Jakarta menembak mati enam pengikut Habib Rizieq Shihab, pemimpin dan pengasas FPI, dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Tol Jakarta-Cikampek Kilometer 50 di sini tengah malam kelmarin.

Ketika ditanya berapa banyak luka tembakan di setiap jenazah, Aziz tidak memperincikan lebih lanjut.

Melihatkan keadaan jenazah itu, Aziz yakin mereka meninggal bukan disebabkan pihak polis mengambil tindakan tegas.

Beliau juga berharap Pesuruhjaya Nasional Hak Asasi Manusia yang membentuk badan bebas menyiasat insiden tembakan itu dengan lebih mendalam.

Sementara itu, setelah proses bedah siasat di Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur, pihak polis kemudian menyerahkan semua jenazah kepada keluarga masing-masing.

Kesemua jenazah dibawa pihak FPI dan disembahyangkan di Masjid Al-Islah Petamburan, Jakarta.

Jenazah akan dikebumikan di lokasi berbeza mengikut permintaan keluarga masing-masing.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya