Keluarga belum terima kematian Dodi - Utusan Malaysia

Keluarga belum terima kematian Dodi

CAMILLA FAYED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Keluarga Al-Fayed mengakui tidak boleh melupakan kematian anak lelaki mereka iaitu Dodi Fayed yang maut dalam kemalangan ngeri di sebuah terowong di Perancis pada 31 Ogos 1997.

Lapor The Sun, adik perempuannya, Camilla Fayed, 35, berkata, tragedi yang turut meragut nyawa Puteri Wales, Puteri Diana itu, telah mengubah kehidupan mereka sekeluarga.  

Bercakap kepada The Times Magazine, Camilla yang ketika kejadian itu baru berusia 12 tahun memberitahu amat sukar dan mustahil bagi keluarganya untuk meneruskan kehidupan selepas kematian abangnya. 

“Bagaimana tragedi seteruk itu tidak mengubah kehidupan kami? Bagi ayah saya, sama seperti ibu bapa lain yang kehilangan anak, ia adalah perkara sesuatu amat mengerikan dan memilukan.  

“Kematian abang bukanlah perkara mudah untuk dilupakan malah tiada siapa yang akan melupakannya,” katanya.   

 

PUTERI Diana dan Dodi Fayed meninggal dunia dalam kemalangan kereta di Paris pada 31 Ogos 1997. – AGENSI

Jelas Camilla, ayahnya, Mohamed Al Fayed yang ketika itu merupakan pemilik gedung beli-belah, Harrods, Kelab Bola Sepak Fulham dan Hotel Rits Paris, dikritik secara agresif sejak kematian Dodi.

Dalam pada itu, Camilla memberitahu siri terbaharu, The Crown terbitan Netflix sekali lagi telah menjadikan isu kematian Dodi sebagai subjek. 

Katanya, sekiranya episod akan datang memaparkan kisah percintaan Diana dan Dodi selepas bercerai dengan Putera Charles, ia bakal menjadi situasi penuh emosi bagi keluarganya.   

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya