Kekasih terkurung dalam kedai game - Utusan Malaysia

Kekasih terkurung dalam kedai game

NATHAN Bamping dan teman wanitanya, Olivia Johnson terperangkap selama 40 minit dalam kedai permainan video. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang kekasih dilaporkan dikurung secara tidak sengaja di sebuah kedai oleh pekerjanya ketika mereka khusyuk bermain permainan video.

Lapor Mirror, Nathan Bamping dan teman wanitanya, Olivia Johnson terperangkap di dalam cawangan Currys PC World di White City, Manchester selama 40 minit kerana pekerja kedai itu tidak menyedari pasangan tersebut ketika menutup operasi perniagaan. 

Pasangan itu berada di kedai berkenaan untuk membeli belah hadiah Krismas dan pada masa yang sama mereka ingin mencuba permainan video baharu, Xbox Series X.

Menurut Bamping, pada mulanya, dia dan Johnson mahu mencuba permainan video baharu itu untuk seketika sahaja tetapi lama-kelamaan mereka berasa seronok sehingga terleka.     

“Apabila habis bermain, baru perasan yang kami terkurung dalam kedai. Semua pintu dan tingkap dikunci malah pekerjanya juga sudah balik.

“Kami berjalan di sekeliling untuk mencari pintu keluar namun sistem penggera berbunyi. Saya cuba menghubungi talian Currys tetapi tidak dijawab. Kemudian, dalam keadaan panik, saya menghubungi ibu saya dan dia juga tidak tahu apa yang harus dilakukan,” katanya.

Menurut Bamping, dia dan teman wanitanya berjaya keluar kira-kira 40 minit kemudian selepas pengurus kedai tersebut membuka pintu setelah menerima bunyi amaran daripada sistem penggera itu.

Beberapa hari kemudian, pasangan kekasih itu kembali semula ke kedai tersebut untuk membeli Xbox.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya