MOSCOW: Sebanyak 17 orang dilaporkan hilang selepas sebuah kapal nelayan Rusia, karam di Laut Barents.
Kementerian Kecemasan Rusia bagaimanapun memaklumkan dua orang berjaya diselamatkan.
“Kru terdiri daripada 19 orang dan dua berjaya diselamatkan,” jelas kementerian itu dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Rusia.
Kapal dikenali sebagai Onega, karam berhampiran Kepulauan Novaya Zemlya dengan pihak berkuasa hanya menyedari kejadian itu pada 7.30 pagi waktu tempatan.
Pihak berkuasa percaya kapal itu karam akibat pembentukan ais.
Satu operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan.
Wakil kementerian itu enggan memberi sebarang komen apabila diminta untuk mengulas isu tersebut.
Kapal yang memasang bendera Rusia itu telah beroperasi sejak tahun 1979. – AFP