GREECE: Pihak berkuasa Greece menyiasat satu kes rogol melibatkan kanak-kanak perempuan warga Afghanistan berusia tiga tahun di sebuah kem pendatang di Pulau Lesbos.
Menurut sumber, kanak-kanak tersebut ditemukan separa sedar dan berdarah di dalam sebuah tandas di kem Kara Tepe semalam.
Para doktor di kem tersebut juga mengesahkan kanak-kanak perempuan itu cedera akibat dirogol.
Pasukan forensik dijangka melakukan pemeriksaan lanjut terhadap kanak-kanak tersebut. – AFP