Jururawat, pesakit Covid-19 lakukan seks sejenis - Utusan Malaysia

Jururawat, pesakit Covid-19 lakukan seks sejenis

SEORANG jururawat dan pesakit Covid-19 disiasat selepas mengaku melakukan hubungan seks sejenis di pusat rawatan Covid-19 di Jakarta, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang jururawat dan pesakit Covid-19 dari Hospital Kecemasan Wisma Atlet Kemayoran ditahan kerana disyaki melakukan hubungan seks sejenis.

Lapor Kompas.com, Ketua Penerangan Kodam Jaya, Leftenan Kolonel Arh Herwin BS berkata, siasatan awal mendapati, kedua-dua individu itu mengakui melakukan kegiatan tidak bermoral tersebut.

Jelas Herwin, jururawat tersebut sudah menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diserahkan ke polis untuk siasatan.

“Kami akan serahkan kedua-dua individu tersebut ke polis jika mereka bebas dari Covid-19 dan setakat ini, pesakit itu masih menerima rawatan,” katanya.

Menurut Herwin, tindakan dua individu itu amat dikesali kerana selain melanggar norma moral, kesannya berisiko menyebarkan virus tersebut kepada petugas kesihatan yang lain.

“Selepas kejadian itu, pihak pengurusan Hospital Kecemasan Wisma Atlet akan meningkatkan pengawasan terhadap penghuni agar insiden serupa tidak berulang,” tegasnya.     

Kes itu didedahkan selepas pesakit Covid-19 tersebut membuat pengakuan dalam satu rakaman video yang menjadi tular dalam media sosial.

Pesakit itu juga memuat naik satu tangkap layar perbualan Whatsapp dengan seorang individu yang dipercayai jururawat di Wisma Atlet Kemayoran berhubung insiden tersebut. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya